Lovebird
Perkara Asas Perlu Anda tahu Dalam Membiak Lovebird
Perkara Asas Perlu Anda tahu Dalam Membiak Lovebird
Lovebird adalah burung yang banyak dibiakkan di dalam sangkar (bergantung kepada spesies). Berikut adalah beberapa perkara dan peraturan yang perlu diberi perhatian sebelum anda melakukan pembiakan Lovebird. Ini adalah sebagai panduan sahaja bukannya kemestian kerana suatu perkara itu juga mungkin berlainan antara seseorang dengan seseorang yang lain bergantung kepada faktor persekitaran, cuaca, lokasi dan cara seseorang itu menguruskan pembiakan Lovebirds.
1. ADAKAH SAYA INGIN MEMBIAKKAN LOVEBIRDS?
Membiakkan burung Lovebird adalah sangat menyeronokkan. Ia boleh menjadi sebagai satu pendidikan, cabaran, memenuhi emosi dan menjadi satu ketagihan. Ia boleh jadi juga sesuatu yang memerlukan modal yang tinggi, memenatkan, mengecewakan dan mematahkan semangat. Terdapat banyak perkara yang baik dan buruk jika ini menjadi seorang penternak. Satu dari sebab yang baik adalah anda terpesona dengan burung dan ingin mengenali dengan lebih mendalam lagi burung ini, anda tidak kisah lewat tidur dan anda mempunyai bayak duit lebih yang boleh digunakan untuk membeli makanan burung, sangkar, barangan pembersihan dan perubatan (spt vitamin dan mineral).
Jika anda fikir bahawa menternak burung lovebird sesuai dengan anda, cuba buat perancangan dahulu.
Berapa serius anda ingin menceburi bidang ini?
Adakah ingin mempunyai satu atau dua pasang, atau anda mahukan aviari yang besar?
Jika lovebird anda menetaskan telur, apa yang anda ingin lakukan dengan mereka?
Adakah anda mempunyai masa untuk “hand-feed” anak-anak burung ini atau adakah ibu-bapanya yang membesarkannya?
Adakah anda ingin menjual anak burung ini, jika ya, di mana dan bagaimana? (kebanyakan penternak yang berpengalaman akan memberitahu, adalah senang untuk membesarkan anak burung daripada menjualnya?
Buat perancangan untuk diri dan burung anda. Anda boleh selalu menukar perancangan jika perlu, tetapi ia amat membantu anda mengetahu matlamat dan had anda.
Berapa banyak burung yang ingin anda miliki?
Adakah warna yang spesifik yang anda mahu hasilkan?
Apa burung yang anda hendak ia lakukan apa yang anda hendaki dan di manakah hendak dapatkan ia?
Berapa banyak kos yang anda jangkakan, dan berapa banyak anak burung yang mesti anda jual untuk mendapatkan kembali modal anda?
Bagi penternak muda, adalah dinasihatkan untuk bermula dengan kecil-kecilan dahulu. Adalah amat mudah untuk membesarkan saiz aviari anda daripada anda cuba untuk mengecilkan saiz aviari anda.
Bermula secara kecil-kecilan memberikan peluang kepada anda untuk betul-betul mengenali burung anda, belajar untuk melihat apa yang perlu dan belajar apa yang sangat anda mahukan. Adalah sangat mudah untuk cepat putus asa. Kebanyakan penternak akan mula bosan dalam tempoh beberapa tahun kerana mereka telah hilang kawalan ke atas saiz aviari mereka dan menyebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak dan menyebabkan aktiviti pembiakkan menjadi tidak seronok lagi.
Lebih banyak pengetahuan dan persediaan mengenai pembiakan sebelum anda mula membiakkan lovebird, lebih terurus dan seronok untuk anda membiakkan lovebird.
2. PERATURAN
Bilamana anda berhadapan dengan situasi baru dengan lovebird anda sama ada masalah, persoalan, sesuatu yang menarik atau tak dijangkakan, berikut adalah beberapa peraturan yang perlu anda ikuti sebagai panduan.
Beri Perhatian
Percaya Akan Tindakan Anda
Walaupun nampak mudah, tetapi jika ianya tidakan diikuti akan mendatangkan masalah yang besar kepada aviari anda.
Peraturan#1 : Beri Perhatian.
Seperti yang dikatakan oleh Yogi Berra: “anda boleh memantau dengan hanya melihat”. Ambil sedikit masa untuk memerhatikan bagaimana burung anda berinteraksi di antara satu sama lain. Ini bukanlah termasuk yang dilakukan ketika anda menukar makanan dan air burung anda. Anda sepatutnya duduk di satu sudut aviari anda yang tidak mendatangkan gangguan kepada burung anda dan perhatikan kelakuan mereka. Berikan sedikit masa dan burung-burung ini akan mula tidak menghiraukan kehadiran anda dan melakukan interaksi antara satu sama lain seperti biasa. Ini akan memberikan anda peluang untuk anda mengenali dan belajar tingkah laku burung anda, dan sama ada setiap pasangan burung berkomunikasi dengan baik antara satu sama. Juga di dalam rutin seharian anda, anda perlu memberikan tumpuan kepada setiap perincian. Adakah bekas makanan selalu kosong bila anda periksa? Ia berkemungkinan yang burung betina anda menumpahkan makanan keluar bekas kerana ia berminat untuk membuat sarang di situ ataupun ia sengaja untuk membiarkan diri dan pasangannya kelaparan dengan membuang semua makanan yang ada di dalam bekas makanan. Menambahkan bekas makan kedua yang lebih kecil mampu mengelakkan tragedi ini.

Ini hanyalah satu contoh yang anda dapat lihat dengan hanya memerhati. Amatlah banyak contoh-contoh lain yang dapat anda perhatikan seperti dalam sangkar yang mempunyai lebih daripada sepasang burung, mungkin akan ada burung terutamanya yang betina yang bersikap “bossy”, dengan mengawal tempat makanan dan menghalang burung lain daripada makan.
Kesimpulannya, banyak yang dapat anda pelajari dengan melihat dan memantu burung daripada anda belajar daripada mana-mana laman web mahupun buku-buku berkaitan burung.
Peraturan#2 : Percaya Akan Tindakan Anda
Ini adalah satu peraturan yang sangat susah hendak diikuti, terutamanya jika anda tidak begitu percaya dengan pengetahun dan kelebihan yang ada pada anda. Ingat! setiap burung lovebird adalah berasingan dan tiada siapa yang lebih mengenali burung anda daripada diri anda sendiri. Ini bukalah bermaksud anda tidak perlu merujuk kepada buku-buku, veteriner, ataupun penternak yang lebih berpengalaman, tetapi ianya adalah untuk memastikan bahawa anda tahu nasihat yang mana yang anda sesuai dan tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada burung anda. Jangan hanya kerana buku atau penternak lain mengatakan itu ini tentang lovebird, ia boleh digunakan kepada burung lovebird anda. Jika anda tidak pasati, anda harus lebih bertanya kepada penternak-penternak lain ataupun sumber-sumber lain, tetapi selalu ingat! Apa yang anda belajar daripada burung anda adalah lebih penting daripada apa yang anda belajar daripada sumber yang lain.
3. SANGKAR
Saiz dan bentuk sangkar selalunya berbeza kepada setiap orang, sama ada yang dibuat sendiri mahupun yang dibeli. Prinsip “Besar lebih Baik” mungkin juga ada benarnya, tetapi terdapat banyak yang tidak bersetuju dengan idea “Berapa besar?”. Biasanya aviari luaran boleh menempatkan banyak sangkar-sangkar besar dan dalam banyak keadaan, ruang yang ada akan menghadkan saiz dan rekabentuk sangkar. Sesetengah penternak membiakkan pasangan lovebird dalam kumpulan manakala sesetengah yang lain pula membiakan setiap pasangan lovebird dalam sangkar yang berasingan. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan membiakkan setiap pasangan lovebird di dalam sangkar yang berasingan.
Kelebihan:-
Kadar peratusan anak burung yang menetas lebih tinggi.
Senang untuk membiakkan mutasi warna burung lovebird yang diperlukan.
Mengelakkan pembiakkan mutasi warna yang tidak dikehendaki.
Mengelakkan pergaduhan antara burung-burung.
Kekurangan:-
Memerlukan lebih banyak ruang dan lebih banyak sangkar.
Memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk menguruskan.
Sangkar Lovebird:
Saiz – 30 inci panjang x 14 inci lebar x 14 inci tinggi.
Pintu – 2 pintu bersaiz 6 inci x 6 inci di bahagian hadapan.
Bekas air disebelah dalam kiri atau kanan sangkar.
Bekas makanan disebelah yang satu lagi.
Sekarang, pasti ada yang berfikir, “30 inci panjang? Kecilnya” manakala yang lain mungkin berfikir “30 inci panjang? Besarnya”. Apa yang boleh dikatakan, ini adalah sangkar yang sesuai untuk membiakkan burung lovebird. Sangkar bersaiz 30 inci adalah saiz sangkar yang senang untuk diuruskan bagi aviari dalaman, tetapi masih menyediakan ruang untuk burung terbang dari satu hujung ke satu hujung. Sesetengah burung memerlukan banyak dahan untuk bertenggek, tetapi bagi lovebird, ruang utntuk terbang yang mencukupi baik untuk kesihatan bagi jangka masa pendek dan panjang.
Jika anda bercadang untuk membuat sangkar anda sendiri, adalah amat penting untuk mendapatkan kawat yang sesuai bagi sangkar anda. Kawat yang sesuai digunakan adalah daripada jenis steel wire mesh 1″x1/2″. Jangan sesekali menggunakan saiz 1″x1″ kerana ia membolehkan lovebirds memasukkan kepala mereka kedalam kawat, walaupun badannya tidak dapat lepas. Saiz ini boleh membahayakan burung jika ia terperanjat dan mengelepar yang menyebabkan lehernya patah tersangkut pada kawat.
Satu lagi bahaya adalah menggunakan kawat bersalut zink kerana kawat bersalut zink senang retak dan pecah yang membolehkan burung anda menelan zink ini. Zink adalah merbahaya kepada burung anda.
Jika anda ingin meminimakan masa yang digunakan dalam rutin harian membersih dan mengisi makan, dan harga bukan satu masalah, membeli sangkar yang telah siap daripada kedai adalah cara yang terbaik. Walau bagaimanapun banyak sangkar yang dijual sesuai untuk digunakan sebagai sangakr haiwan peliharaan, bukanya sebagai sangkar penternakan. Pastikan sangkar yang anda beli boleh memuatkan “Nestbox”.Saiz “nestbox” yang sesuai bagi burung lovebird adalah 12″x12″x12″ dengan lubang masuk berdiameter 3 inci .
Post a Comment