CARA PELIHARA BURUNG TIONG/HILL MYNAH/BEO

CARA PELIHARA BURUNG TIONG/HILL MYNAH/BEO


Memelihara burung sebagai haiwan peliharaan memang sangat menyenangkan yaitu sebagai hobi.Ternyata tidak hanya itu saja ternak burung juga dapat dijadikan hobi selain itu dapat mendatangkan keuntungan sebagaimendatangkan hasil. Untuk ternakan burung tiong memang susah, ertinya dengan sedikit kesabaran, kerajinansetiap orang pasti boleh melakukannya. Dan selain itu untuk pemberian makanannya tidak terlalu menyusahkan kerana hanya dua kali sehari. Tak heran bila banyak penternak yang berjaya menternakkan burung tiong di rumahnya.

Cara Menjodohkan

Sebelum di masukkan ke kandang perlu diadakan proses penjodohan dulu agar tidak terjadi perkelahian yang dapat berakibat kematian yaitu burung yang kalah akan mati. Dalam proses ini burung jantan dan betina kita dekatkan selama kurang lebih 1 minggu. Hal ini dimaksudkan agar burung tersebut boleh saling mengenal. Tanda-tanda untuk burung yang sudah jodoh dapat dilihat pada masa burung tersebut tidur, iaitu berdampingan pada saat tidur. Jika sudah tidur berkepit kedua burung tersebut bersedia untuk dimasukkan ke dalam kandangsebaiknya pada petang hari. Selepas dimasukkan di kandang jangan terus ditinggal, tunggu dulu lselama satu jam untuk memastikan apakah burung tersebut betul serasi.






Kandang sangkar

Kandang untuk ternak burung tiong yang ideal adalah 1m x 2m tinggi 2m. Di dalam kandang ditanam pokok agar kelihatan semulajadi sehingga burung akan merasa selesa berada di kandang. Tempat mandi juga perlu disediakan kerana burung tiong termasuk burung yang suka mandi. Untuk tempat sarang juga perlu disediakan kotak diperbuat daripada kayu dengan ukuran 40cm x 30cm tinggi 30cm dan diberi lubang untuk keluar masuk burung.Di dasar kandang perlu disediakan bahan untuk sarang biasanya yang sering digunakan adalah daun pain kering.

Burung boleh dijodohkan pada umur 10-12 bulan. Ideal untuk betina yang baik disyaratkan berumur setahun sedangkan untuk jantan 1,5-2 tahun. Umumnya untuk betina lebih cepat dewasa berbanding jenis jantan.Setiap Perkahwinan, sepasang tiong bertelur sebanyak 3-4 butir. Telur menetas selama 14 hari setelah dierami induknya.

Tips penjagaan burung

Tiong termasuk burung yang bijak dan sering dipelihara di rumah. Usia burung ini boleh mencapai lebih dari 75 tahun jika mendapat rawatan yang baik.

Rawatan burung yang salah hanya akan membuat burung ini menjadi stres yang dapat membuat burung menjadi sakit yang dalam jangka panjang boleh menyebabkan kematian.

Maka dari itu anda harus merawat burung beo anda dengan baik agar burung beo anda tetap sihat dan terhindar dari stres. Anda boleh menjadi rakan yang baik bagi burung anda.

Setiap jenis burung mempunyai pilihan makanan yang tidak sama, maka anda harus mengetahui makanan yang paling tepat untuk tiong anda.Burung sangat suka bermain, maka dari itu sediakan mainan-mainan untuk tiong kesayangan anda dan bermainlah dengannya.Jika burung tidak diberi mainan burung ini akan mudah menjadi stres dan biasanya gejala tekanan yang ditunjukkan adalah dengan mencabuti bulunya sendiri.

Tips Pembersihan sangkar

Tiong biasanya menghasilkan zat seperti tepung yang akan mengotori kandang.Jika anda ingin membersihkan kandang burung , sebaiknya gunakan tuala basah.Setiap satu minggu sekali bersihkan kandang burung secara menyeluruh. Selama pembersihan kandang sebaiknya burung dipindahkan ke tempat lain.

Tips Pemberian makanan

Jangan terlalu sering memberi makanan yang terdiri dari biji-bijian kerana burung tiong anda boleh menjadi gemuk.Sebaiknya makanan yang berbeza-beza seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Anda boleh memberi makan berupa buah dan sayur yang dipotong dengan saiz kira-kira 1 cm.Anda boleh membuat variasikan penyajian makanan supaya burung tiong tidak bosan. Anda boleh cuba untuk menggantung sayuran segar di dalam kandangnya. Dengan ini burung tiong anda akan mendapatkan makanan yang sihat sekaligus mainan baru. Roti juga boleh diberi variasi resipi agar burung tidak merasa bosan dengan makanan ini.Anda boleh membuat variasi resipi sesuai dengan keinginan anda atau cuba untuk mencari resepinya di buku resipi atau internet.
Tips Bermain dengan tiong
Burung tiong adalah burung yang mudah stres, mahukan hiburan, dan teman.Maka dari itu usahakanlah untuk bermain dengan burung anda setiap hari.Burung dikenali mempunyai sifat sosial dan burung yang bijak. Usahakan untuk menaruh banyak mainan di dalam kandang burung . Hal ini akan membuat burung menjadi sibuk dengan mainan dan mencegah burung anda menjadi stres.Anda boleh menyediakan mainan yang diperbuat daripada kayu dengan membaut sendiri atau membeli.Kemungkinan burung akan mengunyah mainan ini dan akan menjadikannya sibuk dengan mainan barunya. Anda juga boleh memberikan mainan berupa kayu dengan saiz 12 x 12 x 5 cm.


Tips Tambahan

Burung yang merasa kesepian, tidak ada mainan dan tidak pernah diajak bermain akan merasa bosan dan kemungkinan besar akan mencabut bulunya sendiri.Tidak semua orang sesuai memelihara maka dari itu pastikan bahawa orang-orang di sekitar anda mahu menerima kehadiran burung ini. Anda juga harus tetap mengawasinya agar tidak saling melukai atau saling menyerang.Jika anda mempunyai anak yang masih kecil maka pertimbangkan kembali untuk memelihara burung kakak .Anak kecil cenderung banyak bergerak dan bersuara keras atau berteriak ketika bermain. Hal tersebut tentu normal buat anak tetapi dapat membuat burung tiong ketakutan.Burung tiong yang akan anda pelihara mungkin tidak benar-benar jinak.tiong boleh menggigit anda. Jadi, bersedialah untuk digigit.


No comments

Powered by Blogger.