BAGAIMANA MENGENALI JANTINA BUDGIES

BAGAIMANA MENGENALI JANTINA BUDGIES

Cara paling mudah untuk mengenali jantina burung budgie adalah kenalpasti warna ‘cere’. ‘Cere’ berasal dari perkataan latin atau hidungnya dan selain dari burung dari keluarga parrot, burung seperti helang dan merpati juga mempunyai ‘cere’.
BUDGIES JANTAN matang mempunyai cere yang berwarna biru terang atau purple. Semasa muda cere mereka berwarna pink atau biru muda. Lihat gambar di bawah.


BUDGIES BETINA mempunyai cere yang berwarna brown semasa berada dalam breeding condition, manakala mempunyai cere yang berwarna putih kebiruan sekiranya tidak berada dalam breeding condition.lihat gmbar dibawah:

UMUR

Umur budgie dapat ditentukan melalui dua cara iaitu:

1) BULU KEPALA- Untuk kebanyakan variati, budgie muda mempunyai jalur pada kepala ke bawah hingga ke “cere”. Ketika berumur antara 3-4 bulan, budgie akan mengalami perubahan pertama dan bulu pada bahagan atas akan digantikan dan jalur pada kepala sudah tiada lagi. Jadi budgie dengan jalur dari atas turun ke “cere” adalah budgie muda yang belum mengalami perubahan pertama  dan berumur kurang daripada 3-4 bulan. Pengecualian kepada mutasi “Lutino/Albino” dan “Recessive Pied” kerana variati ini memang tiada jalur pada kepala mereka.

2) MATA - Untuk kebanyakan variati, warna mata budgie muda keseluruhannya hitam. Semakin ia meningkat dewasa, iris mata akan bertambah cerah kepada warna kelabu/coklat cair.

- Budgie dengan keseluruhan mata hitam berumur bawah 4 bulan.

- Budgie dengan iris mata kelabu gelap berumur antara 4 – 8 bulan.

- Budgie dengan iris mata kelabu atau coklat cair berumur lebih daripada 8 bulan.

Pengecualian:
- “Lutino/Albino“, “Lacewing“, “Fallow” – Pada semua peringkat umur, variati bermata merah ini mempunyai iri mata berwarna merah jambu.
- “Recessive Pied“, “Dark-Eyed Clear” – Pada semua peringkat umur, variati ini mempunyai mata berwarna plum gelap.



No comments

Powered by Blogger.