Warna Burung Budgie

Warna Burung Budgie
 Budgie Liar

Budgie di dalam gambar di atas adalah warna asal budgie. Budgie liar mempunyai warna asas kuning dgn bulu biru menjadikannya kelihatan hijau (kuning + biru = hijau). Perhatikan juga corak belang hitam pada budgie tersebut adalah corak asal pada budgie liar.

Semua warna budgie selain daripada hijau normal adalah dihasilkan dlm kurungan.


Warna Asas
Budgie cuma ade dua ketogori warna asas iaitu putih dan kuning. Budgie asas kuning biasa mempuyai bulu biru pada badannya menghasilkan warna hijau. Budgie asas putih juga mempunyai bulu biru tapi cuma menghasilkan warna biru sahaja.



Faktor Penggelap

Faktor penggelap menyebabkan warna budgie menjadi lebih gelap. hehehe.. Bagi budgie hijau yg tiada faktor penggelap dipanggil Normal Green, 1 faktor penggelap dipanggil Dark Green dan 2 faktor penggelap dipanggil Olive.




Budgie biru yg tiada faktor penggelap dipanggil Sky Blue, 1 faktor penggelap dipanggil Cobalt dan 2 faktor penggelap dipanggil Mauve 



Faktor Kelabu

Sama seperti faktor penggelap, faktor kelabu ibarat warna kelabu dispray atas warna asal budgie tersebut.  Budgie hijau akan kelihatan hijau kekelabuan manakala budgie biru kan lebih nampak jelas warna kelabunya. Di bawah adalah gamabr budgie yg mempunyai faktor kelabu.


                                                                     Faktor Ungu

Satu lagi warna tambahan pada warna asas. Faktor ungu senang dikesan pada budgie biru tetapi sukar pada budgie hijau. Budgie biru yg ade faktor ungu kelihatan lebih terang dgn warna yg lebih menonjol kebiruannya.




Lutino & Albino

Budgie ini cuma ada warna asas sahaja sama ada putih atau kuning.Lutino warna kuning dan Albino warna putih. Mudah untuk dikenalpasti pada matanya yang bewarna merah. 


Opaline

Opaline ialah mutasi pada belang budgie. Budgie opaline belangnya terbalik menjadikan belang hitam lebih nipis dan belang putih lagi nampak tebal. Budgie yg normal (tidak opaline) mempuyai belang hitam kunig/puith pada leher dan kepak. Budgie yg opaline mempunyai warna hijau atau biru boleh dilihat pada bahagian leher dan kepak. Opaline nampak berkepala cerah



Spangle

Spangle mempunyai corak belang yg terbalik..Pada kepak budgie biasa belangnya ialah hitam dgn putih sedikit dihujung tetapi spangle hanya ade belang putih atau kuning dgn hitam sedikit dihujung.


Pied

Pied ialah budgie yg berwarna tompok. Ada dua jenis Pied iaitu Dominant dan Resesive. 







No comments

Powered by Blogger.