Burung Punai Daun

by 02:42:00

Burung Punai Daun



Pada posting kali ini saya akan kongsi tentang Burung Punai daun,,, burung yg kerap kali kita jumpai di pasar pasar, dijual untuk menjadi makanan, ataupun untuk di pelihara.
Burung punai daun merupakan burung hutan yg berkerabat dekat dengan burung merpati hutan.

berdarah panas dan berkembang biak dengan cara bertelur, musim burung punai daun ini membiak sekitar bulan oktober sampai februari, biasanya di tandai dengan sepasang induk jantan dan betina membuat sarang  yg terbuat dari ranting kayu kecil di pepohonan tinggi, betina akan menjaga dan mengerami telur nya sampai menetas, biasanya telur berjumlah 2 hingga 3 butir. 

Setelah menetas, sang induk betina akan mengasuh anakan sampai anakan tersebut meninggalkan sarangnya..

sarang punai daun


Burung punai daun menyukai tempat tertutup, rimbun, biasanya sering terlihat mencari makanan di pohon laban, makanan nya berupa aneka biji bijian, buah laban dan pisang.
burung ini sangat penakut, setiap kali ada ancaman, burung punai daun akan terbang menjauh. Kadang dapat di jumpai dalam sebuah kelompok kecil, biasanya terdiri dari lima sampai sepuluh burung, terbang secara bersama sama. umunya terbang rendah dengan cepat walaupun melalui semak belukar

Burung punai daun setiap petang akan terbang kembali ke sarang dengan jalan yg sama yg di lalui nya setiap hari.


CIRI CIRI JANTAN DAN BETINA.

Burung Punai Daun Jantan memiliki warna bulu yg lebih bervariasi, kombinasi antara ungu hijau biru dan oranye, gerakan lebih aktraktif dalam tebangpun burung jantan lebih cepat dan gesit. postur tubuh lebih besar dari betina.

Sedangkan  Burung  Punai Daun Betina memiliki postur badan lebih kecil, warna hijau pucat,

Sepasang jantan dan betina





Memelihara burung punai daun tangkapan hutan agak sulit, karena mudah stress menyebabkan bahagian paruhnya akan menempel sisa makanan yg dimakan, lebih baik memelihara burung punai daun sejak piyik, karena akan lebih mudah beradaptasi..
Penangkapan secara besar besaran ternyata membawa kesan buruk bagi spesies ini, menyebabkan berkurangnya populasi punai daun di hutan.

Ciri-Ciri perlu dititik berat untuk memilih Merbuk Kampung

by 21:50:00

Ciri-Ciri perlu dititik berat untuk memilih Merbuk Kampung

1. BANYAK DERAKNYA

Mengikut kata Otai terdahulu, seekor burung yang hendak dipilih sebagai pemikat perlulah diperhatikan dibahagian ini..Merujuk kpd bulu hitam yang berbelang-belang di bahagian bawah ekor burung itu. Bulu pula yang lebih tebal dan banyak menunjukkan burung itu lebih banyak deraknya semasa berhadapan dengan lawan. Ciri-ciri ini telah diuji dan ternyata apa yang dikhabarkan oleh Otai tersebut menepati ciri-ciri yang diingini oleh si pemikat. Bolehlah dicuba untuk mengetahui kebenarannya. Kenyataan ini tidak semestinya tepat... tetapi sebaiknya cuba uji untuk memudahkan kita sebagai penggemar dalam memburu merbuk yang hebat.

2. SISIK

Antara perkara yang diberi perhatian oleh orang tua-tua berkaitan merbuk ialah sisiknya. Ada yang percaya dan yakin bahawa burung ini boleh membawa tuah atau sebaliknya kepada tuan yang memeliharanya. Ini menyebabkan generasi baru yang mula berminat dengan burung yang bersuara merdu ini kekadang bimbang dengan kepercayaan seumpama ini.Terdapat beberapa cara untuk mengira bilangan sisiknya. Di sesetengah tempat, sisik yang pecah dicantumkan menjadi satu manakala di sesetengah tempat pula sisik yang pecah diambil kira sebagai satu. Tidaklah dapat dipastikan kaedah mana yang tepat.Bagi bilangan sisik hadapan, bilangan bagi sisik di jari tengan hinggalah ke pangkal lutut sahaja dikira. Bilangan sisik di bahagian kiri dan kanan akan ditambah untuk menentukan bilangannya.Bilangan sisik yang biasa digemari oleh pemikat merbuk ialah 32, 33, 34, 35, 37, 39 dan 40. Menurut orang tua-tua burung merbuk yang mempunyai sisik 37 adalah burung yang paling baik untuk dijadikan pemikat. Sejauh mana kebenaranya tidaklah dapat dipastikan. Namun untuk perbincangan sukalah dinyatakan bahawa burung merbuk yang mempunyai sisik 33 adalah burung yang sukar diperolehi. Malahan jika ada pun harganya mungkin mencecah ribuan ringgit. Namun kebanyakan pemikat burung akan menyimpan burung yang diperolehi ini. Ini adalah kerana ia dianggap sebagai RAJA BURUNG MERBUK dan dianggap burung yang mempunyai tuah yang baik kepada pemeliharanya. Ada juga petua yang diperturunkan tentang aktiviti memikat burung yang bersisik 33 ini. Jika pemikat mendapati bahawa burung yang berjaya dipikat ini mempunyai sisik 33 maka beberapa perkara yang berkaitan amalan dan pantang larang yang perlu dipatuhi untuk memastikan aura burung ini tidak hilang semasa dalam peliharaan. Manakala burung yang mempunyai sisik 32, 34, 35, 37, 39 dan 40 adalah burung yang dikatakan boleh menjadi pemikat yang baik jika kena tempat duduknya.Burung merbuk yang mempunyai bilangan sisik 36,38 adalah burung yang dianggap tidak membawa tuah. Kebiasaanya penggemar ketitir akan melepaskan semula burung yang mempunyai bilangan sisik seperti ini. Ada juga pemikat yang memeliharanya kerana burung ketitir yang bersisik 36 dan 38 ini adalah burung yang mempunyai suara yang kasar / besar dan merdu namun ada beberapa syarat biasa dipenuhi oleh mereka. Manakala burung merbuk yang mempunyai bilangan sisik 41, 42, 43 adalah burung yang lebih sesuai untuk dipelihara di rumah sahaja kerana suaranya yang kebiasaannya merdu. Namun untuk dijadikan pemikat dianggap kurang sesuai kerana sukar untuk mendapat lawan.Manakala sisik jari belakang pula, pemikat merbuk biasanya akan memilih burung yang mempunyai bilangan sisiknya yang seimbang antara jari belakang sebelah kiri dan kanan. Pemikat biasanya akan cuba mendapatkan burung yang mempunyai bilangan sisiknya 7 sebelah kiri dan 7 sebelah kanan. Namun agak sukar untuk mendapat seekor merbuk yang mempunyai bilangan sisiknya 7 di jari belakang kiri dan kanan. Selain dari burung merbuk yang bersisik 33, sisik 44 juga adalah antara burung diburu oleh penggemar merbuk. Burung merbuk yang mempunyai sisik 44 ini dianggap sebagai burung yang mempunyai aura yang kuat. Ia dianggap mempunyai aura penyeri rumah, pelaris dan keceriaan. Sebab itulah sarang burung ini biasanya digantung atau dipelihara di dalam rumah.


3. PARUH

Umumnya pemikat merbuk, terkukur, ruak-ruak, puyuh dan lain-lain lagi akan mengambil kira paruh seseekor burung yang bakal dijadikan pemikat. Pemikat merbuk akan memilih burung yang mempunyai paruh yang kecil, pendek dan lurus. Ciri-ciri ini dipilih kerana percaya bahawa paruh yang pendek, kecil dan lurus ini adalah tanda kepada seekor pemikat yang baik dan rajin berkerja. Faktor pemilihan paruh ini sangat kuat dalam kalangan peminat ruak-ruak. Harga mencecah ribuan ringgit hanya kerana jika pemikat itu mempunyai paruh yang lurus, nipis dan kecil. Begitu juga dengan merbuk. Burung merbuk yang mempunyai paruh yang kecil, lurus dan pendek diyakini akan menjadi pemikat yang baik. Bagi para peminat yang baharu berjinak-jinak mungkin tidak dapat membezakan saiz paruh ini kerana ia kelihatan sama sahaja.

4. LUBANG HIDUNG

Penggemar merbuk yang mementingkan suara yang kasar dan lunak biasanya akan memerhati saiz lubang hidungnya. Ianya hanyalah sebagai panduan untuk menentukan seseekor merbuk itu bersuara kasar atau kecil. Bagi lubang hidung yang lebih besar, suaranya akan pasti lebih kasar atau besar berbanding lubang hidung yang kecil. Saiz lubang hidung ini penting kepada peminat sekiranya ingin memilih burung untuk dibeli di kedai-kedai atau di dalam kandang rakan- rakan. Ini adalah kerana burung merbuk yang dipelihara di dalam kandang biasanya jarang berbunyi. ini menyukarkan kita untuk memilih yang bersuara kasar yang dianggap lebih merdu.

5. ALIS MATA

Alis mata atau kelopak mata adalah faktor yang sangat penting kepada penggemar merbuk. Tak ramai yang menyedari bahawa alis atau kelopak mata burung merbuk memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pemikat yang baik. Alis mata menjadi panduan kepada kita untuk memilih pemikat yang tahan dan sukar kalah bila berhadapan dengan BH yang garang dan kebiasaanya menjadi raja disesuatu kawasan itu.Ada pemikat yang dipelihara bertahun-tahun dan dapat memerangkap banyak BH namun bila dalam keadaan tertentu seperti BH yang cerdik dan tidak mahu terjun ke angga jebak, tidak dapat bertahan lama dan kalah. Tanda pemikat yang kalah bila berhadapan dengan BH ialah ia tidak meratus, tidak berderak, lebih banyak melara iaitu bunyi seperti seekor burung yang kalah malah kekadang terus tidak berbunyi berhari-hari setelah balik ke sangkarnya. Keadaan ini biasanya
menyebabkan pemikat akan naik darah dan kecewa.

Cara Memilih Burung Tekukur

by 20:28:00

Cara Memilih Burung Tekukur



Cara memilih burung tekukur yang baik dan sihat. Beberapa pendapat dari banyak orang yang memelihara burung tekukur mengaggap untuk melihat kualiti dari burung tekukur dapat di lihat dari ciri-ciri seperti bentuk kepalanya, bentuk badan, leher, paruh, ekor dan juga bentuk kakinya. Bahkan sebagian orang berpegalaman pada pengetahuan mengenai katuranggan, kerana sebagian orang mampu meramalkan terhadap prestasi yang akan diraih burung tersebut nantinya.

Cara Memilih Burung Tekukur yang Baik

Jika anda percaya dengan hal-hal tersebut yang berdasarkan ilmu pengetahuan mengenai katuranggan atau lebih dikenal dengan melihat dari ciri-ciri fisik dalam memilih burung tekukur yang berkualitas baik.

Berikut ini merupakan cara memilih burung tekukur yang berkualiti, diantaranya :

1. Bentuk kepala di lihat dari samping

• Njambe nom
Bentuk kepala burung tekukur yang mirip dengan buah jambe atau lebih dikenal dengan buah pinang di yakini dapat memiliki kemampuan mengeluarkan suara yang baik dengan irama yang bagus.
• Mbeton Nangka
Sedangkan jika bentuk kepa burung tekukur seperti biji buah nangka, sebagian orang meyakini bahwa burung ini memiliki kemampuan dalam mengeluarkan suara yang bagus dan berirama, namun seiring usia burung yang semakin tua kualitasnya juga akan semakin menurun.
• Nggobog
Jika bentuk kepalanya mirip seperti uang logam yang hampir berbentuk bulat, maka banyak orang yang meyakini jika burung ini kualitas suaranya akan menurun pada usia pertengahan antara kurang lebih 25 tahun.
• Mbungkul Bawang
Jika bentuk kepala tekukur mirip dengan bentuk bawang putih, maka biasanya kualitas suara yang dihasilkannya tidak menentu. Terkadang dapat memiliki suara yang bagus dan kadang juga tidak bagus atau bahkan melempem.
• Nakir Kuwalik
Bentuk kepala seperti ini biasanya memiliki kualitas suara yang kurang baik dan tidak berkualitas.

2. Bentuk Tubuh

• Nuntut Gedhang
Jika dilihat dari bentuk tubuhnya yang mirip dengan kuncup bunga pisang ini, diyakini burung tersebut memiliki suara yang sangat jelas dan panjang.
• Buah Nangka
Sedangkan jika bentuk tubuhnya menyerupai seperti bentuk biji nangka, maka dapat di pastikan burung ini memiliki suara tengah yang cukup baik.
• Mbuluk
Jika bentuk tubuhnya yang mirip dengan buah kelapa muda, biasanya memiliki kemampuan yang cukup baik pada kualitas suara tengahnya dan pada saat bagian suara ujungnya suka tumpang sari atau berbunyi dua kali.
• Njuagung Nglobot
Namun jika bentuk tubuh burung tekukur mirip dengan juegung tua yang masih terbungkus oleh kulitnya, biasanya memiliki kualitas suara yang kurang baik dan jarang di ikut sertakan dalam perlombaan.
• Wungkal Gerang
Sedangkan jika bentuk tubuhnya yang mirip dengan batu asahan yang sudah aus ini jarang di pelihara untuk burung kicauan, karena kualitas suaranya yang sangat tidak bagus.

3. Bentuk Ekor

• Nyacak atau tokek
Burung tekukur yang memiliki bentuk ekor seperti bentuk ekor cicak atau seperti tokek yang panjang dan juga melancip biasanya dapat memiliki kemampuan bersuara paling baik dan sangat jernih terdengan sangat jelas.
• Linggis
Sedangkan untuk bentuik ekor yang mirip dengan linggis, biasanya dapat mengeluarkan kualitas suara yang baik dan merdu.
• Kukusan
Namun jika burung tekukur memiliki ekor yang mirip dengan kukusan yang bagian ujung ekor runcing dan agak pendek dapat menandakan jika burung tersebut memiliki kualitas suara yang cukup baik.
• Mendok keris
Jika bentuk ekornya mirip dengan bentuk pendok keris, biasanya burung ini memiliki kualitas suara yang kurang baik.
• Sapu Gerang
Sedangkan jika bentuk ekornya mirip dengan sapu lidi yang lapuk, maka dapat dipastikan kualitas suaranya tidak baik walaupun jenis ini memiliki suara yang tebal.
Nah, itulah beberapa ciri dalam cara memilih burung tekukur. Semoga informasi diatas dapat sedikit memberikan pengetahuan bagi anda yang belum terlalu paham dan semoga bermanfaat.
source: http://infounik.org/cara-memilih-burung-tekukur.html


Cara Menentukan Jantina cockatiel

by 23:18:00
Menentukan Jantina Cockatiel
Kepada mereka yang masih baru dengan cockatiel dan sebagai panduan untuk mengenali jantina, sila lihat gambar di bawah ini :



Nota Penting :

Jantina cockatiel  berbeza mengikut mutation. Gambar di atas hanyalah untuk jenis normal gray sahaja. Beberapa cara sebagai asas untuk menganali jantina. Antaranya seperti berikut :-

1. Melihat bentuk fisikal contohnya dibahagian kepala berbentuk bulat jantan dan betina bujur dan kecil, betina biasanya berbadan panjang manakala jantan seakan-akan bulat. Ada yang kata muka jantan nampak bengis.

2. Melalui garis lintang pada ekornya. Biasanya yang bergaris itu adalah betina.

3. Warna merah di bahagian pipi, yang jantan lebih terang warnanya daripada betina.




4. Whiteface dan normal gray, biasanya jantan berpipi cerah dan bersih manakala betina berwarna kelabu dan comot.

5. Lutino dan Albino, yang betina mempunyai tanda garis belang atau bintik pada pangkal bawah sayap tetapi tiada bagi jantan.

6. Cinnamon pearl, paruh seakan hitam dan jambulnya gelap itu adalah betina manakala jantan berwarna cerah atau kuning.

7. Burung jantan akan berkokok dan bersiul sambul membuka sedikit kepak bila berumur 4 bulan tetapi betina hanya berbunyi dengan satu nada sahaja. Ada kes yang jantan tidak berkukuk langsung.

8. Jantan akan melaga-lagakan paruhnya di jaring atau nestbox.

9. Jantan akan memasuki nestbox terlebih dahulu bagi memikat betina.

10. Melalui sepit udang atau tulang di punggungnya. Jika sempit dan keras adalah jantan manakala sibetina luas dan tulangnya lembut. Semasa memeriksa tiel perlu di usap2 (belai) dahulu supaya hilang stress.

11. Betina akan memulakan pengeraman telur pada jam 6 petang hingga pagi. jantan akan mengeram pada siang hari sahaja. Kadang-kadang kedua-duanya sekali mengeram.

12. Melalui ekornya, jika ekornya berbentuk V lurus biasanya betina manakala jantan mempunyai 2 lawi di kiri dan kanan pada ekor yang lurus. (lihat gambar diatas).

13. Semasa kita menangkap cockatiel, biasanya yang jantan akan menjerit walaupun masih kecil. yang betina senyap.

14. Jika tiel berubah warna atau mutation apabila matang. besar kemungkinan tiel tersebut adalah jantan. Sebagai contoh semasa anak muda kelihatan seperti cinnamon pearl wf, setelah matang menjadi normal gray atau bertukar menjadi pied. Pasti teil tersebut adalah jantan. Perkara ini tidak berlaku pada betina.

15. Menggunakan kaedah gen atau mutation induk. keluar anak split atau sebaliknya.



* adakalanya tiel betul-betul mencapai tahap induk baru pasti jantinanya. Apa tidaknya, ada setengah tiel jantan tidak pernah berkukuk dan bersiul. Ada pula yang tidak memberi reaksi langsung terhadap pasangan. Kepada yang mempunyai tiel bermasalah, cuba luangkan sedikit masa dalam 1- 2 jam perhatikan gelagat burung tersebut. Insyallah akan ada jawapannya.



Asal Usul dan Pembiakan

Berasal dari benua Australia di kawasan savana yang kering, cockatiel (Nymphicus Hollandicus) mampu hidup sehingga 20 tahun. Tempoh matang bagi cockatiel untuk membiak adalah antara 6 - 8 bulan, tetapi terdapat juga cackatiel yang matang lebih daripada tempoh tersebut. Bentuk fizikal standard ialah panjang dari hujung jambul ke ekor 12 - 14 inci, berat 80 - 90 gram, Cockatiel yang telah berpasangan dan serasi mula menyuap dan bercium diantara satu sama lain. 

Berkejar-kejaran di dalam cage dan si jantan bersiul riang. Cockatiel akan keluar masuk nestbox selama berminggu-minggu bagi menyesuaikan diri dengan nestbox yang disediakan. Cukup masa, pasangan mula mengawan berkali-kali dan burung betina akan mula bertelur 10 - 12 hari kemudian.  Cockatiel betina mampu bertelur sebanyak 3-6 biji dalam satu masa adakalanya sehingga 8 biji. Bagaimanapun telur-telur tersebut perlu diagih-agihkan kepada nestbox lain dan dihadkan hanya 4 -5 biji telur untuk diram. Tempoh pengeraman telur berlaku antara 18 - 22 hari untuk menetas. 

Hari ke 5 - 6 selepas bertelur, telur diperiksa bagi mempastikan mempunyai benih atau tidak. Pemeriksaan menggunakan lampu suluh atau flash light. Telur yang mempunyai benih sihat mempunyai tompokan darah kecil dan salur saraf darah seperti sarang labah2. Telur yang tidak mempunyai benih perlu dibuang.


Hari ke 10 jantung embrio mula berdenjut dan proses tumbesaran berlaku dengan memerlukan kehangatan dari badan cockatiel.

Hari ke 18 - 22, membran  mula menebuk-nebuk kulit telur sehingga mewujudkan lubang untuk bernafas. Proses menebuk kulit telur berlaku dalam tempoh 24 - 48 jam. Jika proses penebukan terbantut disebabkan kurang kehangatan atau membran tidak kuat. Kita boleh membantu dengan mengoyakkan sedikit kulit telur secara berhati-hati tetapi jangan teruskan jika masih terdapat lendir/darah. Tunggu sehingga kering dan mulakan semula dengan berhati-hati. Setelah 50% kulit telur tertanggal dari membran, biarkan proses tersebut berlaku dengan sendirinya sehingga anak keluar dari kulit telur.

 Cockatiel akan menjaga anak dan memberi makan selama 10 - 12 minggu. Suapan daripada ibu pada hari pertama hingga seterusnya amat penting kerana cockatiel dikatakan mempunyai sejenis cecair kelenjar semulajadi seperti "susu burung" yang mempunyai banyak khasiat dan kaya dengan protein seperti antibodi ketahanan penyakit sepertimana susu awal lembu tetapi ianya tidak mempunya lektosa seperti kebanyakan susu. Selepas itu bolehlah anak tersebut diambil untuk handfeed bagi tujuan penjinakkan.



Tahukah anda? 


Cockatiel takut pada kegelapan malam. Jika tiada sedikit pengcahayaan, cockatiel akan mengelepar dan tidak senang duduk. Keadaan ini boleh mencederakan dirinya. Bagaimanapun cockatiel memerlukan waktu tidur yang cukup iaitu selama 12 jam. Cahaya yang terang pada waktu malam juga tidak sesuai untuknya.


source : http://budgiemember.blogspot.my/2011/04/cockatiel.html

Cara Membiak Lovebird

by 20:32:00
Perkara Asas Perlu Anda tahu Dalam Membiak Lovebird 



Sebagai seorang pembiak baka terutama bagi mereka yang baru cuba berjinak-jinak dengan membiak Love Bird yang bermutu bukanlah perkara yang boleh dikatakan mudah. Ini kerana, membiak baka Love Bird yang bermutu memerlukan kesabaran serta ilmu tentang tabiat, kehendak Love Bird ketika proses membiak, pemilihan baka dan yang penting sekali ialah waktu yang paling sesuai untuk melakukan proses ini.

 Ramai yang berputus asa dengan usaha untuk membiakkan Love Bird oleh kerana hasil yang diharapkan tidak tercapai. Kegagalan mungkin kerana kurangnya ilmu tentang perkara ini dan teknik yang digunakan adalah tidak bersesuaian. Sebagai seorang peminat Love Bird dan pembiak baka Love Bird yang baru, suka untuk saya berkongsi ilmu bersama tentang perkara-perkara asas yang penting dalam proses membiak baka Love Bird.

 Perkongsian ilmu ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri dan dari pembacaan saya daripada buku-buku dan laman-laman web di Internet. Disini saya akan kongsikan bersama-sama dengan anda tentang perkara-perkara asas yang perlu kita tahu dalam proses membiak baka Love Bird. 

KESIHATAN 

Untuk berjaya dalam membiak baka Love Bird, anada perlulah memastikan Love Bird yang dipilih untuk dibiakkan dalam kaadaan kondisi yang sihat, normal dan berusia anatar satu tahun hingga 5 tahun. Burung yang tidak sihat, tidak normal dan berusia terlalu muda atau terlalu tua tidak akan membiak dengan jayanya dan merugikan masa dan kos anda. 

KOTAK SARANG / NEST BOX 


Seperti sedia maklum, Love Bird memerlukan kotak sarang atau nest box untuk bertelur. saiz kotak yang bersesuai untuk Love Bird adalah 12"x12"x12" , nest box tidak perlu terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil memandangkan saiz Love Bird yang bersaiz antara 3 hingga 4 inci sahaja. 

Bahan-bahan seperti rumput, ranting halus, hampas tongkol jagung, habuk kayu hamster (bedding) dan lain-lain bahan yang bersesuaian harus disediakan. Bahan-bahan ini akan digunakan oleh induk Love Bird untuk membina sarang didalam nest box yang disediakan dan ia juga penting bagi merangsang naluri induk Love Bird untuk membiak dan juga merupakan bahan yang penting bagi mengawal suhu yang diperlukan oleh induk Love Bird dalam proses pengeraman telur.

 NUTRISI YANG DIPERLUKAN


 Love Bird merupakan burung yang memerlukan diet yang pelbagai. Diet Love Bird yang perlu disediakan mestilah terdiri daripada pelbagai bijirin seperti skoi/millet, canary seed, gandum, barli, kacang hijau (sebaiknya direndam semalaman untuk melembutkannya) dan bijirin lain yang disukai oleh mereka bagi membekalkan keperluan protein dan kabohidrat .

 Buah-buahan segar dan sayuran seperti saderi, lobak merah, kobis, mix-vegis juga harus disediakan bagi menampung keperluan vitamin mereka.

 Kalsium yang berbentuk blok dan tulang sotong juga perlu disediakan bagi membekalkan keperluan kalsium terutama pada induk betina yang sedang bertelur dan yang telah selesai bertelur bagi proses recovery . 

BERTELUR

 Induk betina Love Bird biasanya akan mula bertelur pada hari ke-5 hingga hari ke-12 selepas mengawan. Biasanya induk betina akan bertelur selang satu hari bagi setiap telur. Induk Love Bird biasanya akan bertelur dalam 3 hingga 7 biji dan mula mengeram pada hari telur pertama dihasilkan. 

MASA MENGERAM 

Kebiasaannya induk betina Love Bird akan mengeram selama 23 hari dan hanya induk betina sahaja yang akan mengeram, tetapi ada sesetengah kes kedua-dua induk akan bergilir-gilir mengeram. Pengiraan tempoh pengeraman adalah pada hari telur pertama dihasilkan. Kelembapan dan kekeringan didalam sarang memainkan peranan yang penting bagi memastika telur yang dihasilkan dapat menghasilkan pertumbuhan embrio anak Love Bird yang sihat.

 MENETAS DAN PENJAGAAN

 Dalam banyak kes dan kebiasaanya telur Love Bird yang dieram tidak akan menetas serentak pada hari yang sama kesemua telur (berbenih). Biasanya anak yang ditetaskan adalah pada hari yang berlainan dan dalam banyak kes, beza usia anak pertama yang ditetaskan dengan anak yang paling akhir boleh menjangkau 7 hari atau lebih.


 Jangan terburu-buru mengasingkan telur yang berbenih daripada induk jika usia anak pertama telah berusia seminggu lebih kerana dikuatiri telur yang diasingkan itu belum cukup tempoh untuk menetas. Telur yang tidak mendapat suhu kepanasan yang mengcukupi akan mengakibatkan anak didalam mati kesejukan. 

Dalam masa ini, induk memerlukan nutrisi yang banyak bagi menampung keperluan anak yang akan disuap. Induk jantan dan betina akan bergilir-gilir menyuap anak-anak mereka sehingga berusia 2 bualn pada kebiasaannya. Menjadi kemestian bagi kita mengediakan diet yang kaya dengan protein, kabohidrat dan vitamin kepada induk Love Bird pada waktu "feeding" ini. Kekurangan protein, kabohidrat dan vitamin dalam diet anak-anak Love Bird boleh menyebabkan kadar pembesaran mereka terbantut, masalah penghadaman, masalah usus dan juga boleh menyebabkan kematian kepada anak-anak Love Bird.

Kebiasaaannya roti putih dan jagung segar yang disapu dengan Kod Liver Oil (boleh didapati di petshop yang menjual barangan keperluan anjing dan kucing) diberikan kepada induk sewaktu proses "feeding" bagi membekalkan protein, kabohidrat dan vitamin-vitamin penting dalam proses pembesaran anak-anak Love Bird.

Black and Yellow Broadbill (Eurylaimus ochromalus)

by 22:04:00
Black and Yellow Broadbill (Eurylaimus ochromalus)


His name is unique, His perfect-land rain or internationally known as the Black and Yellow Broadbill (Eurylaimus ochromalus).

Classic fur color. Black dominates the top of the inserted yellow on the wings and white spots on the tail end. The bottom is pink gradation with black band across the upper chest.

The size is also small, about 15 cm. Even so, his voice shrill and easily recognized. But make no mistake, at first glance similar to His perfect voice-rain forest.


The difference is this ochromalus Eurylaimus not initiate preliminary or booms with whistling sound which slowly disappeared.

Sempur land globally-scattered rain in Peninsular Malaysia, Sumatra and Kalimantan. Normally hunt insects in the forest is from a low perch and happy to linger in the lower or upper canopy trees.

These include the rate of the bird Eurylaimidae Asia and Africa were fewer members but have colorful plumage. Some species are fruit eaters.



These birds are categorized as Near Threatened (NT) or Nearly Endangered in the IUCN Red List.

Budgerigar Info

by 21:21:00
Budgerigar





Calls
The contact call is a warbling "chirrup"; "zit" is given in alarm.

Facts and Figures
Research Species:
No
Minimum Size:
17cm
Maximum Size:
18cm
Average size:
18cm
Average weight:
28g
Breeding season:
Any time of year when conditions suitable
Clutch Size:
6 to 8 eggs
Nestling Period:
35 days

Basic Information
Scientific Name: Melopsittacus undulatus
Featured bird groups: Parrots
Atlas Number: 310

What does it look like?
Description:
Since its introduction into captivity, the Budgerigar (or 'budgie') has been bred into a variety of colour forms, including pure white, blue, yellow, mauve, olive and grey. In the wild, Budgerigars are small green and yellow parrots, with black barring above, and a small patch of blue on the cheek. The male has a dark blue cere (skin at the base of the upper mandible surrounding the nostrils). In the female this is brownish when breeding and light blue otherwise. Young Budgerigars are similar to the adult birds, but are duller and have a dark brown eye (which is white or yellow in adults).

Where does it live?
Distribution:
The Budgerigar occurs naturally throughout much of mainland Australia, but is absent from the far south-west, the north of the Northern Territory, Tasmania and the majority of the east coast.

Habitat:
Budgerigars are nomadic and large flocks of birds can be seen in most open habitat types, but seldom far from water. Very large flocks, numbering occasionally in the tens of thousands, are seen after a season of abundant rainfall and food. Flocks are usually much smaller, however, and range from as few as three birds up to 100 or more. Birds in a flock fly in a characteristic undulating manner.

Seasonal movements:
Nomadic.

What does it do?
Feeding:
Budgerigars feed almost exclusively on the seeds of native herbs and grasses, such as porcupine grass and saltbush. Seeds are mostly eaten from the ground and the bulk of drinking and feeding activity is in the morning.

Breeding:
Budgerigars tend to breed in response to rainfall, and may produce several broods if conditions permit. The nest is a bare cavity in a suitable tree branch or in the trunk. The female sits on the round white eggs. As with other parrots, young budgerigars are born naked and helpless.

References:

Parrots and Pigeons of Australia
Powered by Blogger.