Cara Membiak Lovebird

Perkara Asas Perlu Anda tahu Dalam Membiak Lovebird 



Sebagai seorang pembiak baka terutama bagi mereka yang baru cuba berjinak-jinak dengan membiak Love Bird yang bermutu bukanlah perkara yang boleh dikatakan mudah. Ini kerana, membiak baka Love Bird yang bermutu memerlukan kesabaran serta ilmu tentang tabiat, kehendak Love Bird ketika proses membiak, pemilihan baka dan yang penting sekali ialah waktu yang paling sesuai untuk melakukan proses ini.

 Ramai yang berputus asa dengan usaha untuk membiakkan Love Bird oleh kerana hasil yang diharapkan tidak tercapai. Kegagalan mungkin kerana kurangnya ilmu tentang perkara ini dan teknik yang digunakan adalah tidak bersesuaian. Sebagai seorang peminat Love Bird dan pembiak baka Love Bird yang baru, suka untuk saya berkongsi ilmu bersama tentang perkara-perkara asas yang penting dalam proses membiak baka Love Bird.

 Perkongsian ilmu ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri dan dari pembacaan saya daripada buku-buku dan laman-laman web di Internet. Disini saya akan kongsikan bersama-sama dengan anda tentang perkara-perkara asas yang perlu kita tahu dalam proses membiak baka Love Bird. 

KESIHATAN 

Untuk berjaya dalam membiak baka Love Bird, anada perlulah memastikan Love Bird yang dipilih untuk dibiakkan dalam kaadaan kondisi yang sihat, normal dan berusia anatar satu tahun hingga 5 tahun. Burung yang tidak sihat, tidak normal dan berusia terlalu muda atau terlalu tua tidak akan membiak dengan jayanya dan merugikan masa dan kos anda. 

KOTAK SARANG / NEST BOX 


Seperti sedia maklum, Love Bird memerlukan kotak sarang atau nest box untuk bertelur. saiz kotak yang bersesuai untuk Love Bird adalah 12"x12"x12" , nest box tidak perlu terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil memandangkan saiz Love Bird yang bersaiz antara 3 hingga 4 inci sahaja. 

Bahan-bahan seperti rumput, ranting halus, hampas tongkol jagung, habuk kayu hamster (bedding) dan lain-lain bahan yang bersesuaian harus disediakan. Bahan-bahan ini akan digunakan oleh induk Love Bird untuk membina sarang didalam nest box yang disediakan dan ia juga penting bagi merangsang naluri induk Love Bird untuk membiak dan juga merupakan bahan yang penting bagi mengawal suhu yang diperlukan oleh induk Love Bird dalam proses pengeraman telur.

 NUTRISI YANG DIPERLUKAN


 Love Bird merupakan burung yang memerlukan diet yang pelbagai. Diet Love Bird yang perlu disediakan mestilah terdiri daripada pelbagai bijirin seperti skoi/millet, canary seed, gandum, barli, kacang hijau (sebaiknya direndam semalaman untuk melembutkannya) dan bijirin lain yang disukai oleh mereka bagi membekalkan keperluan protein dan kabohidrat .

 Buah-buahan segar dan sayuran seperti saderi, lobak merah, kobis, mix-vegis juga harus disediakan bagi menampung keperluan vitamin mereka.

 Kalsium yang berbentuk blok dan tulang sotong juga perlu disediakan bagi membekalkan keperluan kalsium terutama pada induk betina yang sedang bertelur dan yang telah selesai bertelur bagi proses recovery . 

BERTELUR

 Induk betina Love Bird biasanya akan mula bertelur pada hari ke-5 hingga hari ke-12 selepas mengawan. Biasanya induk betina akan bertelur selang satu hari bagi setiap telur. Induk Love Bird biasanya akan bertelur dalam 3 hingga 7 biji dan mula mengeram pada hari telur pertama dihasilkan. 

MASA MENGERAM 

Kebiasaannya induk betina Love Bird akan mengeram selama 23 hari dan hanya induk betina sahaja yang akan mengeram, tetapi ada sesetengah kes kedua-dua induk akan bergilir-gilir mengeram. Pengiraan tempoh pengeraman adalah pada hari telur pertama dihasilkan. Kelembapan dan kekeringan didalam sarang memainkan peranan yang penting bagi memastika telur yang dihasilkan dapat menghasilkan pertumbuhan embrio anak Love Bird yang sihat.

 MENETAS DAN PENJAGAAN

 Dalam banyak kes dan kebiasaanya telur Love Bird yang dieram tidak akan menetas serentak pada hari yang sama kesemua telur (berbenih). Biasanya anak yang ditetaskan adalah pada hari yang berlainan dan dalam banyak kes, beza usia anak pertama yang ditetaskan dengan anak yang paling akhir boleh menjangkau 7 hari atau lebih.


 Jangan terburu-buru mengasingkan telur yang berbenih daripada induk jika usia anak pertama telah berusia seminggu lebih kerana dikuatiri telur yang diasingkan itu belum cukup tempoh untuk menetas. Telur yang tidak mendapat suhu kepanasan yang mengcukupi akan mengakibatkan anak didalam mati kesejukan. 

Dalam masa ini, induk memerlukan nutrisi yang banyak bagi menampung keperluan anak yang akan disuap. Induk jantan dan betina akan bergilir-gilir menyuap anak-anak mereka sehingga berusia 2 bualn pada kebiasaannya. Menjadi kemestian bagi kita mengediakan diet yang kaya dengan protein, kabohidrat dan vitamin kepada induk Love Bird pada waktu "feeding" ini. Kekurangan protein, kabohidrat dan vitamin dalam diet anak-anak Love Bird boleh menyebabkan kadar pembesaran mereka terbantut, masalah penghadaman, masalah usus dan juga boleh menyebabkan kematian kepada anak-anak Love Bird.

Kebiasaaannya roti putih dan jagung segar yang disapu dengan Kod Liver Oil (boleh didapati di petshop yang menjual barangan keperluan anjing dan kucing) diberikan kepada induk sewaktu proses "feeding" bagi membekalkan protein, kabohidrat dan vitamin-vitamin penting dalam proses pembesaran anak-anak Love Bird.

No comments

Powered by Blogger.