Ciri-Ciri perlu dititik berat untuk
memilih Merbuk Kampung
1. BANYAK DERAKNYA
Mengikut kata Otai terdahulu,
seekor burung yang hendak dipilih sebagai pemikat perlulah diperhatikan dibahagian
ini..Merujuk kpd bulu hitam yang berbelang-belang di bahagian bawah ekor burung
itu. Bulu pula yang lebih tebal dan banyak menunjukkan burung itu lebih banyak
deraknya semasa berhadapan dengan lawan. Ciri-ciri ini telah diuji dan ternyata
apa yang dikhabarkan oleh Otai tersebut menepati ciri-ciri yang diingini oleh
si pemikat. Bolehlah dicuba untuk mengetahui kebenarannya. Kenyataan ini tidak semestinya
tepat... tetapi sebaiknya cuba uji untuk memudahkan kita sebagai penggemar
dalam memburu merbuk yang hebat.
2. SISIK
Antara perkara yang diberi
perhatian oleh orang tua-tua berkaitan merbuk ialah sisiknya. Ada yang percaya
dan yakin bahawa burung ini boleh membawa tuah atau sebaliknya kepada tuan yang
memeliharanya. Ini menyebabkan generasi baru yang mula berminat dengan burung
yang bersuara merdu ini kekadang bimbang dengan kepercayaan seumpama ini.Terdapat
beberapa cara untuk mengira bilangan sisiknya. Di sesetengah tempat, sisik yang
pecah dicantumkan menjadi satu manakala di sesetengah tempat pula sisik yang
pecah diambil kira sebagai satu. Tidaklah dapat dipastikan kaedah mana yang
tepat.Bagi bilangan sisik hadapan, bilangan bagi sisik di jari tengan hinggalah
ke pangkal lutut sahaja dikira. Bilangan sisik di bahagian kiri dan kanan akan ditambah
untuk menentukan bilangannya.Bilangan sisik yang biasa digemari oleh pemikat
merbuk ialah 32, 33, 34, 35, 37, 39 dan 40. Menurut orang tua-tua burung merbuk
yang mempunyai sisik 37 adalah burung yang paling baik untuk dijadikan pemikat.
Sejauh mana kebenaranya tidaklah dapat dipastikan. Namun untuk perbincangan
sukalah dinyatakan bahawa burung merbuk yang mempunyai sisik 33 adalah burung
yang sukar diperolehi. Malahan jika ada pun harganya mungkin mencecah ribuan
ringgit. Namun kebanyakan pemikat burung akan menyimpan burung yang diperolehi
ini. Ini adalah kerana ia dianggap sebagai RAJA BURUNG MERBUK dan dianggap
burung yang mempunyai tuah yang baik kepada pemeliharanya. Ada juga petua yang diperturunkan
tentang aktiviti memikat burung yang bersisik 33 ini. Jika pemikat mendapati
bahawa burung yang berjaya dipikat ini mempunyai sisik 33 maka beberapa perkara
yang berkaitan amalan dan pantang larang yang perlu dipatuhi untuk memastikan aura
burung ini tidak hilang semasa dalam peliharaan. Manakala burung yang mempunyai
sisik 32, 34, 35, 37, 39 dan 40 adalah burung yang dikatakan boleh menjadi pemikat
yang baik jika kena tempat duduknya.Burung merbuk yang mempunyai bilangan sisik
36,38 adalah burung yang dianggap tidak membawa tuah. Kebiasaanya penggemar
ketitir akan melepaskan semula burung yang mempunyai bilangan sisik seperti
ini. Ada juga pemikat yang memeliharanya kerana burung ketitir yang bersisik 36
dan 38 ini adalah burung yang mempunyai suara yang kasar / besar dan merdu
namun ada beberapa syarat biasa dipenuhi oleh mereka. Manakala burung merbuk
yang mempunyai bilangan sisik 41, 42, 43 adalah burung yang lebih sesuai untuk dipelihara
di rumah sahaja kerana suaranya yang kebiasaannya merdu. Namun untuk dijadikan
pemikat dianggap kurang sesuai kerana sukar untuk mendapat lawan.Manakala sisik
jari belakang pula, pemikat merbuk biasanya akan memilih burung yang mempunyai
bilangan sisiknya yang seimbang antara jari belakang sebelah kiri dan kanan.
Pemikat biasanya akan cuba mendapatkan burung yang mempunyai bilangan sisiknya
7 sebelah kiri dan 7 sebelah kanan. Namun agak sukar untuk mendapat seekor
merbuk yang mempunyai bilangan sisiknya 7 di jari belakang kiri dan kanan.
Selain dari burung merbuk yang bersisik 33, sisik 44 juga adalah antara burung
diburu oleh penggemar merbuk. Burung merbuk yang mempunyai sisik 44 ini
dianggap sebagai burung yang mempunyai aura yang kuat. Ia dianggap mempunyai aura
penyeri rumah, pelaris dan keceriaan. Sebab itulah sarang burung ini biasanya digantung
atau dipelihara di dalam rumah.
3. PARUH
Umumnya pemikat merbuk, terkukur,
ruak-ruak, puyuh dan lain-lain lagi akan mengambil kira paruh seseekor burung
yang bakal dijadikan pemikat. Pemikat merbuk akan memilih burung yang mempunyai
paruh yang kecil, pendek dan lurus. Ciri-ciri ini dipilih kerana percaya bahawa
paruh yang pendek, kecil dan lurus ini adalah tanda kepada seekor pemikat yang
baik dan rajin berkerja. Faktor pemilihan paruh ini sangat kuat dalam kalangan
peminat ruak-ruak. Harga mencecah ribuan ringgit hanya kerana jika pemikat itu
mempunyai paruh yang lurus, nipis dan kecil. Begitu juga dengan merbuk. Burung
merbuk yang mempunyai paruh yang kecil, lurus dan pendek diyakini akan menjadi
pemikat yang baik. Bagi para peminat yang baharu berjinak-jinak mungkin tidak dapat
membezakan saiz paruh ini kerana ia kelihatan sama sahaja.
4. LUBANG HIDUNG
Penggemar merbuk yang mementingkan
suara yang kasar dan lunak biasanya akan memerhati saiz lubang hidungnya. Ianya
hanyalah sebagai panduan untuk menentukan seseekor merbuk itu bersuara kasar
atau kecil. Bagi lubang hidung yang lebih besar, suaranya akan pasti lebih kasar
atau besar berbanding lubang hidung yang kecil. Saiz lubang hidung ini penting kepada
peminat sekiranya ingin memilih burung untuk dibeli di kedai-kedai atau di
dalam kandang rakan- rakan. Ini adalah kerana burung merbuk yang dipelihara di
dalam kandang biasanya jarang berbunyi. ini menyukarkan kita untuk memilih yang
bersuara kasar yang dianggap lebih merdu.
5. ALIS MATA
Alis mata atau kelopak mata adalah
faktor yang sangat penting kepada penggemar merbuk. Tak ramai yang menyedari
bahawa alis atau kelopak mata burung merbuk memainkan peranan yang penting dalam
pemilihan pemikat yang baik. Alis mata menjadi panduan kepada kita untuk
memilih pemikat yang tahan dan sukar kalah bila berhadapan dengan BH yang garang
dan kebiasaanya menjadi raja disesuatu kawasan itu.Ada pemikat yang dipelihara bertahun-tahun
dan dapat memerangkap banyak BH namun bila dalam keadaan tertentu seperti BH
yang cerdik dan tidak mahu terjun ke angga jebak, tidak dapat bertahan lama dan
kalah. Tanda pemikat yang kalah bila berhadapan dengan BH ialah ia tidak meratus,
tidak berderak, lebih banyak melara iaitu bunyi seperti seekor burung yang
kalah malah kekadang terus tidak berbunyi berhari-hari setelah balik ke
sangkarnya. Keadaan ini biasanya
menyebabkan pemikat akan naik darah
dan kecewa.
Post a Comment